15 May 2009

sambungan cerita mamat ni.

dulu kan aku penah buat satu entri nak cerita pasal mamat atas ni.
k hari ni aku nak cerita sikit pasal dia.
nama dia mohd. nazirul naim.
lahir pada 6 april 1990
kalau sapa sapa nak ngorat, dipersilakan sebab dia takdak awek lagi.
KOMPOM!
sebab dia fail bab mengayat pompuan.
camna aku tau?
sebab aku penah jadi awek dia.
.
.
.
.
.
.



aku tipu ok.
aku taknak buat sumbang mahram.
ok.ok.
aku kakak dia.

muka macam aku tak weh?
orang cakap muka kami tak sama.
orang cakap muka dia macam cina
manakala muka aku macam ..
huhu.
macam pan asian (anda dipaksa percaya)

dia lah satu - satunya adik aku.




ni gambar masa kat kolej dia.
eleh. baru je jadi pelajar kolej dia ni.
amek gambar pun poyo je semua.
biasala budak baru nak masuk alam u.

dia ni aku rasa ikut muka abah aku.
kulit lak ikut muka mama aku.
so jadi lah macam dia.
dah jadi kebiasaan kalau tetiba cina jual buah dok cakap cina dengan dia.
atau kalau pergi mall, salesgirl cina akan cong ceng cong ceng dengan dia
pernah sekali, kami dua jalan-jalan pergi mall, tetiba, sorang salesgirl cina pompuan ni tarik dia lalu berlakulah ke cong ceng an itu.
pastu hulur kat adik aku risalah pasal patung-patung berhala ni dorang jual.
haa.
ambik kau.
pastu dorang pastinya la buat bodo je kat aku.
kan muka aku tak macam cina, macam pan asian kan (sila muntah di dalam baldi yang disediakan. terima kasih)

aku ni agak rasa terhina la sebab aku dipinggirkan.
pastu adik aku cakap.
sori-sori.
saya melayu.

hahah.
padan muka kau.
terdiam.

ni pun dengan kekawan dia jugak.
posing control la lu ni.

pernah satu ketika, adik aku pi kedai beli buku.
cashier dia cina pompuan.
pastu adik aku pi bayar kat kaunter.
adik aku hulur duit.
pastu amoi ni.
cong ceng ceng cong ceng
sambil tunjuk kesan koyak kat duit.
adik aku tak cakap apa pun lalu terus hulur duit lain.
cina tu ambik dan cong ceng cong ceng sambil senyum.
adik aku pun senyum lalu blah.
haa.
sampai ke sudah cina tu taktau adik aku melayu.


ni dengan member sekolah dia.
rombongan nak gi mana tah.
alah.
dia ni aktif masa sekolah.
pembodek cikgu.
mana penah ponteng sekolah macam aku
tak rock lansung lu ni brader.
hahaha.

sebab kerajinan dia ni,
memang la selalu mendapat pujian dari famili dan sedara mara aku.
yala.
rajin pi sekolah.
tak melawan cakap ibu bapa.
ayat feveret abah aku.
'tengok macam adik, lain sungguh dari kakcaq. kakcaq tak malu ka kat adik dok wat perangai lagu ni?'

ala. memang la lain.
dia kan laki, aku pompuan.
takkan tetiba aku ni nak duk terkangkang main ps2 game bola macam dia.
ye dok?
pastu dia plak jadi ayu duk bersimpuh memakai kain batik sambil melipat kain.
hahahha.
ok.ok.
aku dah jauh terpesong ni.

tapi memang dia agak anak kesayangan ar kat rumah.
kalau jerawat tumbuh sebiji kat muka, ngadu kat mama aku.
manja tak?
aku ni orang cakap muka macam mat saleh, tak da lak nak merungut ke, mengadu kat sesapa.



ni masa dia kat sekolah dulu ting. 5
penolong ketua pengawas.
ahhaahah.
kan aku kata pembodek cikgu.

tapi di sebalik semua tu, aku sayang adik aku. (aku harap dia tak baca ni, kalau tak, aku akan terjun blok kolej aku ni dari aras 1)
memang la selalu sangat bergaduh.
aku pinjam duit dia dan tak bayar.
hehe.
pastu berebut remote control. (ni memang perkara biasa sampai kekadang aku hempas-hempas pintu)
pastu dia kutuk aku sebab aku tak masak kat dia.
aku suruh la dia masak sendiri kan, apahal nak suruh aku masak.
ko penah keja kat kedai makan dulu.
ko la masak.
pastu boleh dia kata.
dah memang tugas pompuan masak, masak je ah.
aku memang BENGANG kalau dia cakap camtu.
abes tu dia buat pa?
dok mengadap ps2 dia tu main game bola yang maha bosan tu.
bangun tidur, tak mandi tak gosok gigi , dok main menatang tu.
pastu arah aku suruh masak.
arghhh.

pernah sekali dia guna laptop aku.
time tu dia takda laptop lagi.
boleh plak dia tolak skrin laptop aku sampai mencecah lantai.
aku secara tak sengaja TERmaki dia.
ye ah. sayang oo kat laptop aku nii.
pastu dia pun TERmaki aku balik.

jadi berlakulah perang daerah pertama.
dari dok maki hamun, timbul lah bab ungkit mengungkit.
dia cakap kalau aku tak masuk u, jangan harap la abah nak beli laptop ni kat aku.
aku bengang. aku ungkit lak pasal moto dia.
baru form 4 abah dah beli moto kat dia.
pastu pandai pulak tu nak tukar nama atas nama dia.
masa ni baru form 4.
mama cerita kat aku.
aku apa lagi. mengungkit hal tu lah.
bukan moto biasa abah beli kat dia, 135lc yang baru abah beli.
pastu tak sedar diri nak guna moto tu sesorang.
abah nak guna, tak bagi.
aku hentam cukup-cukup arh.

pastu abah aku keluar bilik
hentam kami dua ekor.
terus jadi bisu.
tak cakap seminggu.
hahah.

apa apa pun.
dia best friend aku.
memang sekepala dengan aku (kalau tak gaduh ar)
sebab kami selalu ronda-ronda sama-sama naik moto.
kalau aku nak topup ke, dia la tolong bawak kan.
kalau dia nak beli baju ke,
aku la tolong pilihkan.
kalau aku tengah dating ke, dia la tolong kaber line.
kalau aku tak cukup duit,
dia la tolong pinjamkan (dia ni memang sangat berjimat. sangat. ok)
aku pulak suka sungguh belanja dia, sebab aku ni kan pemboros tahap menteri kerjaraya.

bila memasing dah dok berjauhan ni.
jarang bergaduh.
sebab susah kan nak jumpa.
cuma tak boleh la kalau duduk dengan dia lebih dari seminggu, nanti gaduh macam biasa balik ah.

apa-apa pun.
aku sayang adik aku.

tak de ke ek.
HARI ADIK?
hehe.

1 comment:

saadah saadun said...

jom wat hari adik..
aku pun mahu express rs syg tahap gaban kat adik aku yg gay..
hoh..
mati aku kalo adik aku bc