sekarang ni aku tengah ym dengan abah. petang tadi ym dengan mama. aku yang tolong install kan ym kat komputer kat rumah tu, dan aku buat setting automatically sign in bila on computer. aku dah add id aku siap-siap. aku jugak yang buat id dorang. id 'abahmamasaya'. hehe. yelah senang nak chatting kalau aku rindu kat dorang.
ok . seperti tajuk kat atas. nak cerita pasal perbezaan bahasa abah dan mama masa chatting.
abah sangat mementingkan ke'baku'an sewaktu menaip. hehe. contoh :
abah: apa yang kakcaq(nama aku kat rumah) sedang buat belum tidir lagi?
maaf abah tersalah taip, nak menaip tidur jadi tidir pula.
hehe. lebih kurang begitu la. lepas tu yang kalau best lagi, kalau abah membebel melalui ym. contoh:
aku: abah, tadi ada orang tu pinjam barang kakcaq, lepas tu, hilangkan pulak. geram betul la. (contoh je ek)
abah: kita haruslah jangan riak dan bersikap angkuh di kalangan kawan-kawan. kita kenalah bersyukur di atas apa yang telah dikurniakan oleh Allah swt. Sesungguhnya Allah swt sentiasa ingin menguji setiap hambanya.
hehe. aku ni dari nak marah terus gelak. abah..abah.. padahal dalam realitinya tak da nya nak cakap camtu. lagi pedas dia cakap.
ok. kita beralih ke mama pula.
mama pula berbeza dengan abah kerana beliau sama sekali tidak menghiraukan ke'baku'an sewaktu berbahasa. contoh:
aku: mama, abu (kucing aku) tengah buat apa? (berusaha menaip dengan bahasa yang betul takut mama tak paham)
mama: dy br bgn pas tdo ma bg mkn ikan td.
huwaaaa... mama suka guna singkatan dan tak suka letak nokhtah. bersambung ja apa yang dia cakap.
lagi satu contoh kalau dia membebel melalui ym. memang ringkas dan padat.
aku: mama, duit kakcaq dah nak habis, nanti suruh abah masukkan duit.
mama: jmt wet tu jgn li menda merapu
haa. tengok. ringkas dan padat.
tu je aku nak cerita. rindu gila kat mama dengan abah. tak sabar nak balik.
8 comments:
wow...
hebat IT... :-)
haha.. lawak laa...
ayahnye mmg bakuu betull..
maknya mmg sangat remaja la ayat..
huhu
to mr fid. haha, jgn xtahu ye, mama aku juara game di komputer. n abah aku pengunjung setia ebay.
to amy. tulah. sorg baku tlebih, sorg keremajaan pulak. sgt tidak stabil ibu bapaku ini. hahah
ngehahahha..
mahu berkenalan la dgn abahmu itu..
ekekekekke
marilah ko berkenalan dgn dia, dan kita tubuhkan fan club bahasa baku. ngeh3
yayayaya..
baru puas hati minah poyo babeng tuh
hahaha....
gelak sorang aku bace ni...
saya pun hendak jadi ke"baku"an seperti pak cik azim...
ngeh3...bleh dterima x???
to suraya: boleh. marilah meramaikan fanclub ini
Post a Comment