nak tau tak, di samping kesibukan ku menyiapkan tesis dan mengulang kaji untuk exam (di samping berblogging, membelek-belek muka di cermin, mengikat-ikat rambut dan membuat pelbagai fesyen, makan tanpa henti, bergayut di telefon, kencing, berak, tidur sebentar, keluar ke pasar malam dan berborak kosong bersama rakan) cik saadah sanggup menderaku dengan menge tag aku. tidakkah beliau tahu bahawa aku sedang sibuk untuk menyiapkan tesis dan study di samping perkara-perkara yang ku sebutkan di atas. tapi disebabkan dia lah kawan yang paling best, jadi aku buat jugak.
jadi inilah dia. 16 facts about me. oops. adah, aku tambah jadi 20 boleh.. hehehe.
jadi ini lah dia 20 facts about me. mangsa-mangsa tag aku, sila buat 20 yerr. mau dera korang.
1- dulu aku rambut panjang. sekarang aku sudah berambut pendek.
2- semasa aku di sekolah menengah yakni tingkatan 1-3, hubungan aku dan ayahku sangat teruk sekali. ini disebabkan aku seringkali dikaitkan dengan masalah disiplin.
3- aku suka menyanyi sambil mengembangkan hidung.
4- aku ada seorang adik lelaki sahaja. beliau sahajalah tempat aku mengadu nasib, meminjam wang, mencarut mengarut, riak takbur dan meronggeng bersama.
5- aku suka tidur.
6- aku suka makan.
6- aku suka tidur lepas makan. sebab tu hidung aku buncit.
7- i like to make people laugh at my jokes, but don't like to be laughed at. get it?
8- aku suka gila haiwan. terutamanya kucing. percaya tak sampai sekarang aku masih pergi ke zoo sebab abah pun suka haiwan.
9- aku pernah mendapat anugerah pelajar terbaik daripada Sultan Kedah. tapi itu kisah dulu. sekarang jangan harap.
10- aku sangatlah degil, agresif dan suka memberontak. abah cakap, aku ni sepatutnya dilahirkan sebagai lelaki, tapi tersilap jadi perempuan. hahaha.
11- aku suka repair barang. aku suka mencuba benda baru. aku suka ubah benda. dekat rumah aku, kalau komputer tiba-tiba buat hal, aku adalah suspek utama. sifat ingin tahu aku adalah sangat-sangat tinggi.
12- aku selalu dibandingkan dengan satu-satunya adik aku. adik aku dikatakan lebih mendengar kata dan tidak suka membuat masalah berbanding aku.
13- jikalau aku terlanggar kerusi, aku akan memaki hamun kerusi tersebut dan memberi amaran kepadanya.
14- aku seorang yang panas baran. tapi cepat cool.
15- aku adalah seorang yang boros. aku pernah mengeluarkan wang simpanan Tabung Haji aku secara senyap-senyap sebanyak rm500 untuk membeli belah. dan apabila abah dapat tau, ... (anda sila teka sendiri)
16- aku pernah menimbulkan gosip antara seorang cikgu perempuan dan seorang cikgu lelaki semasa aku di darjah 5. akibatnya, aku dihadapkan ke meja guru besar. bakat gosip ku telah wujud sejak aku kecil lagi.
17- aku seorang yang tidak mudah cepat terpengaruh.
18- aku tidak suka kawan-kawan yang tidak mendengar cerita kawan-kawan lain dan hanya ingin bercerita tentang dirinya sahaja.
19- aku cepat kasihankan orang. tidak boleh melihat orang-orang kurang upaya yang bermain muzik dan menjual barang di tepi jalan.
20- aku mahu handphone baru.
sekian.
mangsa aku:
Cik suraya seman.
Cik saini
Cik anis
Cik
Mrs. Afiq farees.
4 comments:
ko mmg jahat ah wanie...
ngeh3..
ko nk tau tak?
ko lagi kejam dari adah...
hohoho~
tp ko tetap kwn aku..
gagagaga
waa
aku dengar ada ura2 nama aku disebut..
betolkah..
ahahahahaha
aku dh agak dh..msti nama aku akan trcalon sbgai finalis utk mangsa2 strusnya...hehehe...
to adah. aku xkata papeeee... anis yg kateee.
to su. ko akan sentiasa diberi keutamaan wahai sahabat
Post a Comment