05 April 2009

maaf, awak duduk di seat saya..


ya. aku baru sampai di kolej ku ini. letih jugak duduk dalam bas hampir 6 jam. aku nak bercerita kejadian sewaktu aku dalam bas tadi.

tadi aku bertolak pada pukul 9.45am. naik bas konsortium yang berwarna merah kegarangan itu. aku duduk di seat yang paling belakang sekali dan tepi tingkap. kiranya aku duk betul-betul atas tayar belakang bas . masa aku duduk tu, mata aku dok melilau je dalam bas tu. pastu, baru aku perasan, pintu kecemasan sebelah aku je. tiba-tiba aku bersyukur, kalau bas tu tonggang terbalik ke, aku boleh keluar ikut pintu kecemasan tu. dan tiba-tiba jugak aku menggambarkan tentang mayat-mayat yang bergelimpangan dan aku menyusup di celah-celah mayat untuk keluar dari bas tu melalui pintu kecemasan tu. lepas aku keluar je, bas tu terus meletup. KABOOOOMMM !!. bodoh je kan, dok dalam bas pikir macam tu. tapi bukan benda ni yang aku nak ceritakan, benda lain.

lepas satu jam perjalanan, bas tu berhenti di satu tempat ni. aku rasa tempat ni perhentian rasmi bagi bas-bas konsortium kot sebab banyak bas-bas konsortium kat sini. pastu, adala beberapa orang turun gi tandas. aku mengantuk, jadi aku tidur jap. dalam 1minit tidur, aku terjaga. budak cina ni cakap phone, kuat gila. aku tak tau la samada telinga si pendengar tu pekak atau butang volume budak ni longgar ke apa. tiba-tiba aku dengar
" mintak maaf ya, semua penumpang sila naik bas sebelah yer"

aku terus tak jadi tidur. tengok semua orang dah bangun nak turun dari bas. tinggal la si budak yang butang volume nya longgar ni dok bising seorang diri. dia tak sedar pun apa yang sedang berlaku ni. lantak kau la labu.

lepas tu, kami pun berpindah ke bas yang satu lagi. aku tengok, semuanya duduk ikut seat. jadi aku pun cari seat aku no 25. aku gi hujung sekali. aik, dah ada mamat ni duk tempat aku. dah angkut semua barang dok situ. habis aku nak duk mana. kesian jugaklah aku tengok mamat ni, berusaha angkut semua barang-barang dia letak kat situ. aku pun tegur dengan wajah yang simpati kat dia.
" er. ni duduk ikut nombor kan?"
" yer ikut nombor"
"maaf, awak dah ambil seat saya (sumpah aku kesian gila kat dia, nak kena angkut barang-barang dia balik. dahla ramai orang tengok. mesti dia malu)
"saya minta maaf yer, ni seat saya, saya no 25. (aku takla tinggikan suara kat dia, cuma aku tumpang simpati kat dia)
" nombor 25? 25 kat sebelah awak tu. ni seat nombor 23 & 24"

aku terus merebahkan diri di seat aku dan pura-pura tidur dengan nyenyak sekali disertai dengan dengkuran palsu.

-the end-

5 comments:

Always Me! said...

haha
ang malu giler sebonarnye kan?
ngeh3~

tingat lak masa kita nek bas balik kulim sama2
heee~

saadah saadun said...

xpe2..
jgn ko malu..
aku phm

ahahahahahahha

(aku gelak smbil guling2)

wanieybintang said...

to anis.
eh, manada aku malu. cume ttbe je aku rasa ngantuk sgt2 smpai ttdo terus tu. ;p

to adah.
ko ni gelak kat aku. memang nk kena sumpahan blur aku ni.

sweetsuraya said...

hahaha...aku pn nk tumpang gelak guling jap...
hehehe...

moral of dis story...
jgn lupe bace no seat dlm bas...

nseb bek aku xpenah mgalami lg
& aku xmo di alami...wawawa....=P

wanieybintang said...

moral of the story = sila pura-pura tidur apabila mengalami malu yg kritikal