22 April 2009

masalah rumah tangga

Nama tasik terpanjang

WEBSTER, Massachusetts 21 April – Nama sebuah tasik di sini yang mengandungi 45 huruf iaitu Tasik Chargoggagoggmanchauggagoggchaubunagungamaugg, dieja salah di papan-papan tanda menuju ke kawasan tersebut.

Dalam kamus Webster, tasik Chargoggagoggmanchauggagoggchaubunagungamaugg diiktiraf sebagai antara nama terpanjang bagi sesebuah tempat di dunia.

Pelbagai cerita dan legenda mengenai asal-usul nama tasik itu diambil daripada perkataan Red Indian. Mitos popular (yang kemudiannya ditolak) mendakwa, ia bermaksud ‘Awak pancing di sebelah awak, saya pancing di sebelah saya dan tiada siapa memancing di tengah-tengah’. –AP


Cemana? boleh ke sebut dalam satu nafas tuh? hihi. aku boleh sekali harung walaupun tersekat-sekat. aku tak dapat bayangkan cemana yer kalau orang nak sebut nama tasik tu.

' sayang jom kita pergi tasik blablablablablabla.'

'eh, salah tu. bukan blablablablabblablabla. kena sebut blablablablaba'

'salahla abang. yg sayang sebut tadi bukannya blablablablabla, sayang sebut blablablablaa.'

'tapi abang dengar blablablablablabla.'

'abang nak menghina sayang ke? ingat sayang ni bodoh sangat tak boleh sebut tasik blablablablabla dengan betul?'

'ha tengok. salah lagi.'

'sampai hati abang hina sayang, sayang nak mintak cerai.'

dan akhirnya, terjadilah pergaduhan perpecahan di dalam rumah tangga akibat masalah ini. bukankah itu satu perkara yang menyusahkan?

2 comments:

Raja Feena said...

suke di makeup?
ehheheheh
mari2 i makeup kan

((myra)) said...

hahaha!! dengan rasminya sy mengfollow blog awak dgn harapan awak juga berbuat demikian...hahahha!

akhirnya myra berblog~huahuahua~