01 April 2009

teringat~

apa? 4 entries in one day? biar betul? memang betul pun. aku punya suka la, blog aku. yang kau nak sibuk-sibuk apahal? biarlah aku nak sibuk pun. yang kau nak sibuk aku sibuk-sibuk pasal kau kenapa?
ok. waniey, please stop talking to yourself.

ok. tiba-tiba aku teringat kejadian semalam. hahah. semalam, abah call. teruja menceritakan perihal anak kucing. untuk mendengar suara abah dengan lebih jelas, aku pun keluar bilik dan naik ke tingkat 4 (bilik aku tingkat 3) dan bersendeng di tepi koridor sambil berbual dengan abah. memang best dok situ. berangin je. selepas habis berbual, tiba-tiba aku rasa ingin ke bilik cik suraya seman yang berada di tingkat 2.
aku pun turun, dan bila sampai di biliknya, aku terus mengetuk pintu dengan rakusnya. tiba-tiba aku rasa pelik. kenapa tanganku tak merasa sakit. biasanya, selepas mengetuk pintu bilik cik suraya seman, tanganku aku merasa sakit. pintu bilik dia lain sikit. berat dan diperbuat daripada kayu jati. aku pun memandang ke atas pintu yakni ke nombor bilik itu.
oh, rupa-rupanya aku sedang mengetuk pintu bilikku sendiri.
sebelum roomate aku buka pintu, aku terlebih dahulu buka. aku pun masuk, dia pun macam pelik tengok aku. kenapa budak ni ketuk pintu bilik sendiri. ada masalah psychology kah? aku pun menjelaskan lah kepadanya.
kebodohan aku.sebenarnya, aku tak tau pun kenapa aku masuk. aku nak pergi ke bilik cik suraya seman sebenarnya. mungkin untuk melindungi ke ter malu an aku ni kepada akak roomate ku, aku pura-pura masuk.
lepas menyengih tak tentu hala kat akak roomateku selama dua saat, aku pun keluar balik dan
turun ke tingkat 2. kali ini aku pastikan bilik yang diketuk adalah bilik cik suraya seman.
dan tepat sekali kerana tanganku berasa agak sengal selepas mengetuk pintu bilik nya.

3 comments:

Always Me! said...

haha.
bengom la ang nih.
:P

saadah saadun said...

sememangnya aku bangga dgn perkembangan mental ko yg setara ngan aku..hohoho

wanieybintang said...

anis, sememangnya bengom itu adalah profesionku..

adah, ku amat berbesar hati dgn pujian tersebut. :hatdown: